Assalammulaikum semua...Bulan 9 yang sungguh menguji tahap kesabaran saya hingga tahap MAKSIMUM!!!!!!!!!!!!hahaahaha..macam Azlan nyanyi itu "lalalalala Aku Bosan Dengan Kerja...enough of it viena..:)..now let's talk about my beloved mamy races..previous post about my papa races & i hope you all in enjoy it..kalau urang Sabah cakap Sumandak bermaksud gadis dan mempunyai maksud juga...kita ini walaupun memegang satu bangsa saja tapi WAJIB mengetahui,mengkaji, dan menerokai bangsa orang lain agar isu-isu panas mengenai perkauman tidak dibangkitkan macam yang berlaku sekarang la..perlukah semua itu dalam negara kita yang berbilang kaum..OOPS terlebih sudahsia nie bha..in this part, i like to let you all to know my mamy races is Bugis Bone....
Nama : Buatubi Binti Mohd Amin
Tarikh Lahir : 10 November 1961
Tempat Lahir : Kampung Indah, Tawau, Sabah
Maklumat ringkas mengenai my mamy..hehehehe..jom terokai bangsa mamy sia..mesti kamu pelikkan pa bha maksud "SIA" kan???? sia bermaksud saya la dalam bahasa sabah..nanti la sia tulis buku mengenai coretan bahasa ibunda sabah & jual sama kamurang yah..hahaha..i like to babbling...that's why they call viena in the house....:D
Asal Usul Bugis di Sabah
Bahasa Bugis sebenarnya berasal daripada Tanah Bugis iaitu kawasan Sulawesi di Pulau Sulawesi, Indonesia. Kedatangan bahaasa Bugis di Malaysia khususnya kawasan negeri Sabah sebenarnya bukan berlaku pada masa yang singkat malah pengaruh bahasa ini telah mula bertapak di negara kita sejak beratus-ratus tahun dahulu. Bukti sejarah telah menunjukkan bahawa masyarakat Bugis telah membina tamadun mereka melalui kepakaran dalam bidang maritim seperti di Johor dan beberapa buah negeri lain di nusantara sehingga masyarakat pada masa itu menggelarkan orang Bugis sebagai pahlawan yang berani, pedagang yang bercaya serta golongan lanun yang suka membuat kacau bilau.
Pengaruh bahasa Bugis di Sabah khususnya daerah Tawau memang tidak dapat dinafikan. Hal ini kerana pengaruh bahasa dan adat istiadat Bugis bukan sahaja diamalkan oleh masyarakat Bugis, malah pengaruh ini turut menular ke dalam kehidupan harian masyarakat bukan bugis. Fenomena ini menyebabkan ramai memberi andaian bahawa masyarakat Tawau terdiri daripada masyarakat Bugis semata-mata walhal penduduk Tawau turut didiami oleh masyarakat dan suku bangsa lain seperti Bajau, Banjar, Tidong, Bisaya, Kokos, Kadazan-Dusun, dan bangsa-bangsa lain.
Bahasa Bugis juga dikenali sebagai Bugis, Basa Ugi atau Ugi yang mana bahasa ini dipertuturkan oleh etnik Bugis iaitu seramai 4 juta di Indonesia (terutamanya Sulawesi Selatan) dan Malaysia. Bahasa Bugis tergolong dalam keluarga bahasa Austronesia. Bahasa Bugis kebiasaannya ditulis menggunakan konsonan Lontara iaitu berdasarkan konsonan Brahmi. Pada hari ini, bahasa Bugis turut ditulis dalam tulisan Rumi. Sebahagian besar masyarakat Bugis adalah penganut agama Islam.
Lontara merupakan aksara asli bagi masyarakat bugis-makassar. Maka lontara ini bukanlah asimilasi daripada bahasa lain apalagi pengaruh budaya lain, termasuklah budaya India. Bentuk aksara lontara menurut budayawan Indonesia iaitu Prof Mattulada (alm) adalah berasal daripada "sulapa eppa wala suji". Wala suji berasal dari kata wala = pemisah/pagar/penjaga dan suji = putri. Wala Suji adalah sejenis pagar bambu yang digunakan dalam acara ritual yang berbentuk belah ketupat. Sulapa eppa (empat sisi) adalah bentuk mistis kepercayaan Bugis-Makassar klasik yang menyimbolkan dengan susunan semesta iaitu tanah, air, api, dan angin.
Aksara-akasara lontara dalam bahasa Bugis terdiri daripada 18 konsonan lontara dan satu vokal. Setiap konsonan mempunyai bunyi vokal /a/. Penyatuan antara konsonan bagi skrip ini adalah tidak wujud. Setiap konsonan akan diubah bunyinya dengan penggunaan tanda vokal.
Selain mempunyai sistem fonologi dan fonetik yang agak lengkap, bahasa Bugis turut terkenal dengan bidang kesusasteraannya. Sebagai contoh, “La Galigo” merupakan sebuah epik yang terpanjang di dunia yang mana epik ini telah wujud sebelum kewujudan epik terkenal Sanskrit iaitu Mahabrata. Namun begitu, “La Galigo” tidak boleh dianggap sebagai teks sejarah kerana epik ini penuh dengan mitos dan peristiwa-peristiwa luar biasa yang tidak masuk akal. Walau bagaimanapun, epik ini adalah gambaran kebudayaan Bugis sebelum abad ke-14.
Peribahasa Bugis
Suku kaum Bugis adalah merupakan salah satu rumpun bangsa Melayu yang terdapat di Malaysia. Suku kaum Bugis lebih tertumpu di kawasan Pantai Timur sabah dan Selatan Semenanjung Malaysia. Suku kaum Bugis ini sebenarnya berasal dari kepulauan Sulawesi di Indonesia. Namun, suku kaum bugis telah berhijrah ke Tanah Melayu sebelum negara ini mencapai kemerdekaan lagi. Suku kaum Bugis juga merupakan antara suku kaum terawal yang datang dan menetap ke Tanah Melayu. Suku kaum Bugis ini berhijrah ke Tanah Melayu telah menetap dan mendirikan institusi kekeluargaan serta melahirkan zuriat dan waris sehinggalah ke generasi sekarang.
Suku kaum Bugis ini juga seperti masyarakat lain yang mempunyai adat, kepercayaan, tulisan dan bahasa yang tersendiri. Walaubagaimanapun, cara dan kebudayaan masyarakat Bugis tidak jauh bezanya dengan masyarakat Melayu di Tanah Melayu. Oleh yang demikian, keadaan ini tidak merumitkan masyarakat Bugis untuk bergaul dengan masyarakat Melayu di Tanah Melayu.
Berikut merupakan beberapa contoh peribahasa Bugis yang berjaya dikumpulkan:
1.Pada idi pada elok,sipatuo si patongkok
- Sehidup semati
2. Anre bajekmu lalopaddoko
- Baru kau tahu
3. Maloppo pacalakna naalirin na
- Besar pengeluaran daripada pendapatan
4. Mattajeng laso arung
- penantian yang sia-sia
5. Tuo na mappada aruk di wiring lareng
- Hidupnya tidak memberi erti kepada orang lain
6. Mappada canggoreng na lupai ulik na
-Orang yang tidak kenag budi
7. Mappada manuk-manuk na lupai sarang na
- Orang yang lupa daratan
8. Tuo na mappada waye di asek raung aladi
- Melakukan kerja yang sia-sia
9. Mappada huleng tepo’e seppulo eppak ompok na
- Orang yang cantik
10. Maksipak lepa-lepa
- Orang yang baik hati
11. Lele bulu tallele abiasa’ang
- Kalau bukan kita yang berubah sendiri kita tak kan berubah
12. Polo pau polo panni
-Suka hatimu lah
13. Laing ada laing gauk
- lain yang dia cakap lain yang dia buat
14. Mappada api na ape
- Benda yang cepat habis
15. Matanek pada disoppo maringeng pada di tihi
- Orang yang saling membantu
16. Mappada asu na meong
- orang yang selalu bertengkar
17. Makbura malik
- Orang yang putus asa
18. Tetong pada-pada tanre tudang pada-pada leha
- sama taraf
19. Pada alosi rippolo dua
- orang yang sama padan
20. Luttuk sipakaraja malik siparappe
- sama-sama senag sama-sama susah
21. Laing alek laing taneng-taneng
- Lain tempat lain adatnya
22. Malampek limang na
- Orang yang suka mencuri
23. Maloang mata
- Benda yang tersembunyi pun dia dapat nampak
24. Mappada mempek bosi
- Buat kerja yang sia-sia
25. Tedong mate dituju bola na dek na etai,jarum tetdeng dituju bola na tau’e naulle mita’I
- Kesalahan orang lain dia dapat lihat tetapi kesalah sendiri dia tidak nampak
26. Maloppo kabuttu
- orang yang malas
27. Makkianak arung
-melahirkan anak yang bertuah
28. Matareng parangkali na
- Hal orang lain pun dia dapat tahu
29. Mappada jukuk na kanuku
- Orang yang sangat rapat
30. Maponcok jokka aje na
- Orang yang susah untuk berhijrah atau jalan jauh
31. Mapitu-pitu
- Orang yang ingin menguasai semua benda
32. Pasampok siri
- orang yang dijadikan sebagai penutup malu
33. Mabela tettek silorongi,makawek sipakaleha
- walaubagaimana pun mereka saling membantu
34. Gemmek pada-pada melotong,ati dek na mapada
- rambut sama hitam hati lain-lain
35. Mappada asu nagalai nemmpek
- Orang yang betul-betul ditimpa kesusahan
36. Mappada manuk-manuk dunrung mattajeng huleng madennek
- Menunggu benda yang tidak mungkin ada
Masyarakat Melayu yang beragama Islam akan mengadakan adat merisik dan meminang.Walau bagaimanapun bagi kaum Bugis,TIADA adat pertunangan.Bagi mereka, yang paling penting ialah hari pernikahan. Ibu bapa kaum Bugis beranggapan bahawa pertunangan boleh menimbulkan fitnah dan syak di kalangan masyarakat. Hal ini timbul kerana tempoh pertunangan yang lama memungkinkan fitnah dan syak.Walaupun begitu terdapat majlis yang menyerupai adat bertunang, tetapi masyarakat Bugis tidak menganggapnya sebagai adat bertunang. Majlis ini digelar “Mendrek Doik” yang membawa maksud Naik Duit.
MAPENDREK DOIK aka naik duit (membawa wang hantaran) :
Dalam majlis ini, pihak lelaki akan membawa wang hantaran yang telah ditetapkan semasa meminang. Sebilangan besar daripada keluarga pihak perempuan akan menerima kesemua wang hantaran dan selebihnya hanya menerima sebahagian sahaja. Oleh yang demikian, semasa dulang hantaran diberikan ketika majlis pernikahan, dulang wang hantaran sekadar simbolik sahaja,kerana wang hantaran telah pun diserahkan kepada pihak perempuan untuk menampung kos perbelanjaan majlis persandingan.
Undangan perkahwinan :
Sudah menjadi kebiasaan kaum bugis mengundang orang ramai menggunakan khidmat dua orang wanita untuk memanggil.MEMANGGIL adalah cara yang menjadi kebiasaan kaum bugis.Dengan membawa dulang berisi rokok/gula-gula,dibalut dengan kain.Walau pelbagai alternatif lain seperti jemputan melaui FB,kad undangan,Memanggil masih diamalkan sehinggah hari ini.
MALAM MAPPACI :
Malam mappaci atau lebih dikenali sebagai malam berinai.Dilakukan pada malam sebelum hari nikah keesokkan hari nya.Hanya dilakukan di rumah pengantin perempuan dan malam mappaci adalah malam untuk pengantin perempuan sahaja.
Pelamin adat bugis
Rangka diperbuat daripada buluh dan dihias dengan kain berwarna-warni..
meriah nya.....
bahan2 untuk mengadakan upacara mapacci dan maksudya:
1)kain 11 helai sutera bugis : untuk golongan bangsawan yang memberi maksud
penghormatan kepada bakal pengatin dan menunjukkan orang
bugis mempunyai harga diri yang tinggi.
2)Daun pisang : mmberi maksud kesinambungan.Melalui perkahwinan boleh mngeratkan
silaturrahim dan boleh membesarkan keluarga dgn pertambahan zuriat.
3)daun nangka : memberi maksud orang bugis sentiasa berusaha, bercita2 tinggi.
4)Beras : memberi maksud ahli keluarga mendoakan bakal pengantin akan hidup bahagia.
5)Lilin : memberi keterangan kpd khidupan baru untuk bakal pengantin
6)Daun inai : kesucian
Balasuji :
Sebuah kotak yang diperbuat dari bambu.Bilangan dinding nya harus nombor ganjil dan bukan nya genap.Makna nya,harus 5 atau 7.BALASUJI tu akan di isi dengan gula merah /gula melaka , ubi kayu , nenas , tebu , nangka , kelapa muda setandan , kelapa tua seiji , ikan kering , kulit kayu manis , pisang setandan.Barangan ini semua kaan dilitupi kain putih 2 meter.BALASUJI ini akan dibawa oleh pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan.Tetapi, tidak semua kaum akan memperbuat seperti ini.Mengikut kepercayaan sub2 kaum itu sendiri.
Majlis Persandingan :
Majlis persandingan sepertinya sudah menjadi kemestian bagi suku kaum bugis.Majlis Tidak dibiarkan hambar kerana kemeriahan penting bagi suku kaum ini.Pihak pengantin lelaki juga akan menyarungkan cincin sebagai tanda ikatan sebelum tiba majlis pernikahan yang berlangsung selepas tiga hingga tujuh hari setelah majlis naik duit. Selepas majlis ini, kemeriahan di rumah kedua-dua mempelai akan berterusan dan ramai keluarga dari jauh yang akan datang terutama dari Sulawesi.Kedatangan kaum kerabat mereka akan meriuhkan suasana perkahwinan tersebut.
Perkahwinan/persandingan selalunya akan diadakn di luar rumah.SARAPO atau khemah kahwin adalah tempat dimana perksandingan ini akan diadakan.Sarapo diperbuat dari bambu yang didirikan menjadi sebuah khemah yang besar.Proses membina sarapo ini selalu nya akan dibuat seminggu sebelum majlis.Dan akan diusahakn oleh ahli keluarga , saudara mara , kawan-kawan , dan jiran tetangga.semangat keKITAan sangat dititik beratkann dalam kaum bugis.Segala kerja dilakukan bersama-sama.Di bahagian dapur juga begitu,segala aktiviti masak memasak akan dilaksanakan sesama mereka.sangat-sangat kerjasama.Jarang sesuatu majlis perkahwinan bugis akan mengambil catering,kerana segala aktiviti ini akan dilakukan bersama-sama yang diketui oleh seorang tukang masak yang agak arif. Malam sanding,adalah malam yang sangat-sangat meriah.Rata-rata perkahwinan bugis akan mengundang live band untuk menghiburkan penonton dan jemputan.

Tempayan atau aper (TEMPAT SOLO) .Tetamu akan memasukkan sumbangan berupa duit atau pun cek yang boleh di cash kan kedalam tempayan ini.tempayan ini diletakkan di atas pelamin.Selepas itu tetamu akan bersalaman dengan pengantin , makan sambil berhibur dan akan pulang.
Berobok(Bubur nasi jagung) ala Bugis
Ingredients:
2 pot Beras
1 ketul Dada Ayam
2 bungkus Filament ketam(isi ketam)
1/2 kg Udang -saiz kecil jer
2 ikat Sayur cangkuk manis
2 biji lobak-di potong kecil
10 ulas Bawang Merah
10 ulas bawang Putih
garam,ajinamoto,kiub pati ayam
3 gelas air
Daun sup,bawang goreng
2 tin jagung dlm tin (creamy)
Directions:
1)Masak beras ,macm masak bubur tu. mesti byk air tau
2)Dalam pada masa itu,rebus ayam yang sudah di potong dadu
3)Masukkan lobak dan udang yang tlah di kupas
4)Sesudah itu masuk kan bubur nasi tadi dan kacau
5)lepas tu masukakn bawang 2 yang sudah di kisar halus
6)Masukkan garam,ajinamoto dan kiub pati ayam 2 ketul
7)Terakhir skali masukkan sayur, kacau dan biarkan ia mendidih sehingga pekat....dan siap untuk di makan.
Ayam Masak Liku sajian yang ada kenduri & sedap kalau masak dengan ayam kampung terasa nikmatnya.
Buras (beras lembut) sedap kalau makan dengan ayam masak liku...
Sanggar peppek (Pisang Leper) sebut betul2 tau nanti salah faham..hahaha
Tapai Bugis dengan tapai lain beza dengan lain..hehehe..ada dua warna tapai yang selalu dibuat iaitu ungu & putih. kalau campur dengan susu cair makin MANTAP rasanya..hahahaha..ini cuma cadangan..
Baju Bodo (aku pun x tau kenapa namanya gitu) hahaahaha...Tarian piring merupakan tarian tradisional suku kaum bugis.
Songkok Tradisional Bugis...warna benang emas menunjukkan kemewahan songkok itu & bulat menunjukkan pangkat keturunan seseorang itu..
Pakaian tradisional Bugis